Samchem Lubricants Sdn. Bhd.
EN BM 華語

+609 - 560 2525

SERTAI KAMI SEKARANG

  • Mengenai Kita
  • Organisasi
  • Persekitaran

TENTANG SAMCHEM LUBRICANTS

SAMCHEM LUBRICANTS SDN. BHD. TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGEDAR RASMI DI MALAYSIA OLEH SHELL LUBRICANTS SEMENJAK SEPTEMBER 2016. SAMCHEM LUBRICANTS ADALAH ANAK SYARIKAT SAMCHEM HOLDING BERHAD, SEBUAH SYARIKAT PENGEDARAN SERANTAU YANG TERKEMUKA DAN DISENARAIKAN DALAM BURSA MALAYSIA.

Samchem Lubricants telah memperoleh Syarikat Phua Cheng Woo (PCW) yang merupakan pengedar SHELL Lubricants yang mantap di Kuantan (sejak 1981). Dengan pengalaman yang bertahun-tahun dalam industri minyak pelincir dan digabungkan dengan kelebihan logistik dan infrastuktur yang ada pada Samchem Lubricants (4 gudang di Pahang, Terengganu dan Kelantan), hubungan sinergi antara dua syarikat ini membolehkan kami untuk berkhidmat dengan lebih cekap di negeri-negeri pantai timur.

Samchem Lubricants memasarkan pelbagai pelincir Shell serta gris bagi sektor pengangkutan, pembinaan, perlombongan, kuari, pembuatan, kejuruteraan, marin, minyak & gas, lain-lain.

Kami berhasrat untuk mewujudkan dan mengekalkan nilai jangka panjang untuk rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan

GUDANG KAMI

Lot 73-75, Semambu Industrial Estate, 25350, Kuantan, Pahang

Gudang utama kami terletak secara strategik di tengah-tengah Semambu Industrial Area Kuantan, Pahang dengan kapasiti penyimpanan lebih daripada 1,500 drum. Kami membawa dan mengedar pelbagai jenis produk Shell - Shell Tellus, Shell Spirax, Shell Omala, Shell Gadus, Shell Corena, Shell Rimula, dan banyak lagi.

Dengan gabungan pasukan yang berpengalaman dan pasukan baru terlatih, kami boleh memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan jaminan kualiti serta kepastian pelanggan kami akan menerima produk dengan segera dan dalam keadaan yang terbaik.

Dengan gudang yang terletak secara strategik dan inventori produk, kami bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penghantaran yang cepat kepada pelanggan kami di negeri-negeri Pantai Timur.

Prestasi kami bergantung kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi, bermotivasi dan berbakat yang memenuhi keperluan industri yang kita berada

No. 44, Jalan IM 14/8, Kawasan Perindustrian Ringan Sektor 3, Indera Mahkota, 25200, Kuantan, Pahang

Di Kuantan, kami mempunyai satu lagi pejabat gudang/jualan yang terletak di Indera Mahkota. Lokasi ini mempunyai akses ke jalan utama yang menghubungkan bandar Kuantan ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan mudah.

Lot PT 1451, Kampung Landak, Jalan Padang Tembak Pengkalan Chepa, 16100, Kota Bharu, Kelantan

Samchem Lubricants juga mempunyai 2 gudang lain - sebuah di Kota Bharu dan sebuah lagi di Mentakab, Pahang Barat.

Samchem Lubricants telah bersedia menghadapi cabaran akan datang dalam fasa perindustrian Pantai Timur apabila pelaburan asing yang baru datang

URUSAN ALAM SEKITAR

Merujuk kepada H.S.S.E. kami.

ORGANISASI KAMI

CARTA ORGANISASI

ORGANISASI SAMCHEM LUBRICANTS

HOW DO WE OPERATE

PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Sila rujuk kepada H.S.S.E. kami